IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Sunday, 4 October 2015

Korban Tanah Runtuh


SANTA CATARINA PINULA (Guatemala) : Anggota penyelamat terus bertungkus lumus membawa keliar lebih banyak mayat dari kawasan tanah runtuh di pinggir Guatemala City dengan angka kematian kini mencecah 56 orang dan 350 lagi dipercayai masih hilang ..

Jurucakap bomba Guatemala, Julio Sanchez, berkata jumlah kematian dijangka meningkat lagi apabila anggota penyelamat meninggalkan kerja menggali tanah dan mengeluarkan lumpur yang menimbus 12 rumah dalam kejadian malam Khamis lalu di Cambray..

Anggaran awal angka korban adalah 600 orang..Dengan masa yang semakin suntuk , Penyelaras Perkhidmatan Kecemasan, Sergio Cabanas berkata, pasukan penyelamat masih mempunyai harapan untuk mencari mereka yang masih hidup..

Di lokasi tanah runtuh, pekerja penyelamat turut membawa anjing pengesan dengan meniup wisel bagi mengesan sama ada mangsa terperangkap masih bernyawa di dalam timbunan lumpur dan sisa runtuhan..

"Kami dari unit penyelamat, jika ada sesiapa di sana, tolong menjerit dan membuat bising,"kata seorang pekerja yang terus menjerit ke celah timbunan bagi mengesan mangsa. Apabila tiada tinda balas di dengar, ia disusuli dua tiupan wisel, iaitu sebagai tanda bahawa pekerja memulakan kerja menggali..

Sumber : BH online

Semoga Allah permudahkan segala urusan menyelamat..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...