Apakah roh orang yang mati itu akan saling berjumpa dan bertemu di alam barzakh?
Diriwayatkan permasalahan ini dijelaskan dengan kenyataan : bahawa para arwah itu terbahagi menjadi dua macam : Roh yang diseksa dan roh orang yang beriman..
Roh yang diseksa itu dikatakan akan sentiasa sibuk dengan pelbagai seksaan yang ditimpakan ke atas mereka dan ini menyebabkan mereka tidak dapat saling kunjung mengunjungi..
Sementara roh orang yang yang diberi kenikmatan itu memiliki kebebasan dan tidak terkurung sehingga mereka saling bertemu antara satu sama lain..
Wallahua'lam...
Sumber : Buku Keluaran Hidayah
Renungilah firman Allah SWT yang bermaksud..
"Dan barang siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama sama dengan orang orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu : Nabi nabi, para shiddiqiin, orang orang yang mati syahid dan orang orang yang salih..Dan mereka itulah teman teman yang sebaik baiknya..Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah, dan Allah cukup menegtahui"
(AN-NISAA : 69, 70)
No comments:
Post a Comment