IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Sunday, 4 October 2015

Rempuh penghadang jalan







KUALA TERENGGANU : "Dia seolah olah mengikut apabila saya mengucap dua kaliah syahadah sebelum kaku," kata Wan Mohd Radhi Wan Derahman, 41, suami kepada Zaleha Awi,41, yang maut dalam kemalngan di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Sungai Ikan, di sini..

Dalam kejadian jam 8 pagi, Zaleha yang juga guru Tadika KEMAS Kampung Kual Bekah, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala..

Kejadian itu berlaku ketika Wan moha Radhi dan Zaleha bersama anaknya, Wan Muhammad Irwan, 6, dalam perjalanan dari rumah mereka di Merbau Patah, di sini, menghala ke Pejabat KEMAS Setiu untuk menghantar mangsa menghadiri Seminar Prestasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Terengganu..

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu suami mangsa cuba mengelak kereta Proton Saga yang memotongnya di sebelah kanan menyebabkan kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pengahdang besi..

Rempuhan itu menyebabkan penghadang besi terperosok ke dalam Perodua Viva, kereta berkenaan bergesel dengan Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 57 tahun dari arah yang sama..

Wan Mohd Radhi berkata, mereka keluar rumah jam 7.30 pagi dan sebelum kejadian itu, isterinya ada memintanya tidak memnadu laju kerana tidak perlu terburu buru menghantarnya kerana waktu masih awal.

Katanya, isteri mengajaknya bersarapan sebelum dikejutkan dengan kereta yang memotong.."Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku kerana sebaik tersedar daripada pengsan, saya dapati kereta Perodua Viva yang kami naiki tersadai di tepi jalan sementara isteri dan anak berlumuran darah..

"Dalam keadaan masih terkejut, saya mengejutkan isteri dan anak, tetapi hanya arwah memberi tindak balas..Saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sementara anak bongsu kami tidak sedarkan diri..

"Saya keluar daripada kereta untuk mendapatkan pertolongan semetara anak yang cedera di kepala dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sulatanah Nur Zahirah (HSNZ),"katanya yang kua ringan di lutut dan tangan kiri..

Semetara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan menerima laopran berhubung kejadian itu..

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan..

Pengarah KEMAS Terengganu Dr.Faridah mat yang ditemui di Unit Forensik HSNZ berkata, Zaleha berkhidmat hampir 16 tahun dengan KEMAS Terengganu dan disifatkan sebagai kakitanagn cemerlang, sekali gus kehilangannya itu memberi kesan buat mereka..

Menurunya, pihak juga memberi sumbangan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung mereka..

Sumber : Metro

Setiap yang berlaku, mesti ada hikmah nya Allah buat..
dan setiap yang bernyawa, pasti merasai mati..

Al-Fatihah..semoga arwah Zaleha bersama orang yang beriman dan semoga Allah segala amalan dia..in shaa Allah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...