IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Saturday, 3 October 2015

2 golongan celaka di sisi Allah


Bismillahirrahmannirrahim..

Ada dua golongan yang di celaka kan oleh Allah..

Golongan pertama ialah golongan yang mendustakan ayat Allah..Contohnya, bila dalam Al-Quran menyatakan bahawa arak itu haram tapi manusia ini menafikan bahawa arak itu boleh diminum..

Selain itu, golongan ini juga menafikan bahawa judi itu halal malah memberi lesen untuk membuka pusat judi dan tempat yang menyediakan arak seperti kelab malam..

Maka celakalah manusia seperti ini di sisi Allah..

Golongan kedua ialah, golongan yang berpaling dari keimanan..Contohnya, Allah menyuruh hambanya solat 5 waktu sehari semalam, tapi manusia dari golongan ini tidak solat..Allah menyuruh berpuasa, tapi dia tidak berpuasa..Allah menyuruh membayar zakat, tapi dia tidak membayar zakat..

Maka manusia dari golongan ini celaka di sisi Allah dan tiada tempat yang paling sesuai bagi mereka selain neraka jahanam..

Nauzubillahminzalik..

Sumber : Zon Kuliah.. (Ustaz Naim)
https://www.facebook.com/zonkuliah

Adakah kita tergolong dalam golongan ini?bertaubatlah sebelum terlambat..sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka..in shaa Allah..

Terima kasih kerana sudi membaca..
Jom share..semoga bermanfaat untuk orang lain juga..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...