KUALA LUMPUR : Pekerja syarikat minyak warga Amerika Syarikat maut selepas motorsikal berkuasa tingginya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Tun Razak, 2 pagi tadi..
Mangsa, Ernest Edward Charves, 50, maut serta merta di lokasi kejadian selepas kepalanya terputus..Mangsa dalam perjalanan dari arah Bulatan Pahang menghala ke Stesen Bas Pekeliling..
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik kuala Lumpur, Deputi supritendan S Markandan berkata, motorsikal terbabit dipercayai dipandu laju menyebabkan tiba tiba hilang kawalan sebelum merempuh tembok pembahagi jalan..
"Berikutan impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian.."Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987," katanya..
Sumber : Metro online..
Berhati hati ye semua..
kalau boleh memandu tu jangan terlalu laju, bahaya...
Kita semua mampu mengubahnya..in shaa Allah..
No comments:
Post a Comment