GUA MUSANG : Keluarga Juvina David, 7, mendakwa rangka yang ditemui tersangkut di ranting pokok pagi semalam adalah anak mereka..
Bapa Juvina, David Kuasam, 32, berkata ia berdasarkan gelang tangan dan rantai kaki milik anaknya yang ditemui bersama rangka berkenaan di tebing Sungai Perias..
Katanya, pada mulanya dia melihat rangka berkenaan dan barang yang ditemui termasuk baju yang koyak, namun tidak mengenalinya..
"Sebaik isteri, Shela Omar, 27, melihat barang berkenaan, isteri saya kata barang itu kepunyaan Juvina dan rangka itu adalah anak sulung kami daripada empat beradik.."Namun, polis minta tampil di Hospital Gua Musang (HGM) hari ini untuk memberi sampel DNA bagi mengesahkan sama ada rangka itu milik anak saya atau tidak..
Bagaimanapun, saya terima sekiranya rangka itu adalah milik Juvina kerana sudah bersedia menerima apa juga berita, " katanya ketika ditemui di HGM di sini, sebentar tadi..
No comments:
Post a Comment