IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday, 12 October 2015

Kemalangan maut, kereta terbakar







JOHOR BAHRU : Dua maut, dua yang lain cedera selepas kereta dinaiki terbabas melanggar pembahagi jalan dan terbakar di Kilometer 42 Lebuhraya PLUS berhampiran Sedenak, Kulaijaya, di sini, kira kira 1.30 petang semalam..

Kedua dua yang maut adalah penumpang lelaki dan wanita berusia 20-an, Penumpang lelaki meninggal dunia ditempat kejadian, manakal penumpang wanita meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, di sini lewat petang semalam..

Bagaimanapun, identiti semua mangsa belum dikenalpasti..Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada 1.58 petang sebelum seorang pegawai bersama tujuh anggota ke tempat kejadian..

"Jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai diketuai Komander Operasi pemadaman api pada kereta selesai sepenuhnya pada 2.30 petang..

"Semua mangsa termasuk yang maut dapat dikeluarkan sebelum kereta jenis HOnda City terbabit terbakar," katanya yang turut memaklumkan tiada pengenalan diri mangsa ditemui kerana terbakar dalam kenderaan berkenaan..

Sumber : Metro & Ditw

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...