IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Friday, 9 October 2015

Jangan bersedih



KURNIAAN ALLAH ATAS KEHILANGAN SESUATU..

Kurniaan Allah kepada seseorang itu bukan hanya dalam bentuk pemberian, tetapi mungkin juga dalam bentuk menghilangkan sesuatu..

Kadang kala kita memiliki sesuatu ataupun seseorang yang kita rasakan satu kebaikan namun Allah mengetahui ia tidak baik untuk dunia dan akhirat kita, lantas Allah menghilangkannya dari kita..

Kita sangka ia satu kehilangan tetapi ia sebenarnya satu kurniaan Allah kepada kita untuk menyelamatkan kita..

Kehilangan harta tertentu, kawan dan kekasih bukanlah semestinya satu keburukan, bahkan satu nikmat yang akan dapat difahami apabila kita melihatnya dari jendela hikmah dan rahmat Allah..

Sebagai contoh...

Nabi Nuh a.s kehilangan anak dan isterinya yang derhaka lagi memusuhi dakwahnya..
Demikian Nabi Lut kehilangan isterinya yang memusuhinya..Kesemua itu kurniaan Allah buat mereka agar mereka berlepas diri dari golongan yang tidak seiras bahkan menjadi musuh kepada agenda dakwah mereka, yang memburukkan persepsi dan merosakkan sanubari..

Kehilangan harta ataupun manusia tetentu mungkin satu kurniaan Allah sepertimana Allah menghilangkan penyakit tertentu dari kita..

Wallahua'alam..

Terima kasih kerana sudi membaca..
Jom share, semoga orang lain pun dapat tahu..in shaa Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...