KAJANG : Kanak kanak 5 tahun yang dilaporkan hilang sele[as dilarikan dua lelaki di Jalan Cempaka, Kajang pagi tadi ditemui dalam keadaan selamat..
Kanak kanak itu ditemui seorang pemandu teksi yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah pada jam 5.35 petang tadi..Pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam berkata, beliau menemui mangsa berjalan seorang diri di tepi jalan..
"Saya cam mangsa menerusi gambarnya yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya pulang ke rumah," katanya..
Nizam bagaimanapun tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut kerana bimbang akan keselamatan dirinya..Terdahulu, magsa dilaporkan diculik selepas ibunya menghantar ke TADIKA di Jalan Cempaka, Taman Setia, pada jam 9 pagi..
Dalam kejadian itu, dua lelaki dikatakan berpura pura bertanyakan arah jalan kepada ibunya sebelum menculik kanak kanak itu..Dalam rakaman CCTV berdurasi 73 saat yang tersebar di media sosial , ibu kanak kanak itu kelihatan sibuk menunjukkan arah kepada lelaki berkenaan, manakala seorang lagi terus menarik mangsa dan memasukkan ke dalam kereta Proton Saga berwarna gelap..
Ibu mangsa cuba menyelamatkan anaknya, namun terjatuh selepas kakinya cedera ketika berlari ke arah kenderaan terbabit.Ibu mangsa dilihat terus berlari ke arah kereta dan dipercayai memasuki kereta sebelum dicampak keluar kira kira 100 meter dari lokasi kejadian..
Sumber ; BH online
Alhamdulillah...Allah temukan semula anaknya..alhamdulillah...
Diharap pihak polis menangkap suspek sebelum kanak kanak lain menjadi mangsa...
Video semasa Nizam menghantar kanak kanak itu kerumahnya
Video semasa kanak kanak itu dibawa lari
No comments:
Post a Comment