IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Saturday, 10 October 2015

2 selamat, 2 meninggal..


KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak berkongsi kesdeihan dengan nasib dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di Gua Musang, Kelantan yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak Ogos lalu..

Perdana Menteri dalam akaun Facebooknya turut meluahkan rasa kesyukuran terhadap dua lagi murid yang diteumi selamat siang tadi.."Dua murid SK Tohoi yang hilang telah dijumpai selamat..Alhamdulillah..

"Tetapi pada masa yang sama, saya berkongsi kesedihan keluarga dua lagi yang ditemui telah meninggal dunia..Semoga roh mereka dicucuri rahmat," katanya..Najib berkata, pasukan mencari dan menyelamat akan meneruskan usaha serta melakukan yang terbaik..


Beliau turut meminta semua rakyat Malaysia berdoa supaya kanak kanak yang lain dapat ditemui..Terdahulu Miksudiar Aluj, 11 dan Noreen Yaakob, 10, ditemui kira kira 3.3 kilometer dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada jam 12.15 tengah hari , bersama satu mayat perempuan..

Kedua kedua kanak kanak itu adalah antara tujuh murid Orang Asli isitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia 7 tahun dan 11 tahun yang melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lalu..

Mayat yang ditemui kemudiannya dikenal pasti sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarganya di Hospital Gua Musang (HGM)

Sumber : BH online (disiarkan 1.06am)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...