Siti kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya Midah Angah, 38, ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik mangsa ditemui pasukan penyelamat tengah hari semalam..
Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak kanak itu di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut..
"Noreen mendakawa yang pertama mati ialah Juvida david, 7, diikuti Haikal Yaacob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8..
"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keltihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, "katanya..
Menurutnya, Noreen mendakawa mereka turut diberi makan oleh 'seseorang' menyebabkan mereka masih hidup..
"Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan, "katanya..
Sumber : Metro Online..
No comments:
Post a Comment