IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Saturday, 10 October 2015

Disebalik pakaian purdah



Pada jam lebih kurang 2030 pada 8/10/2015, saya bersama L/kpl 186200, anggota PB Pavilion terdiri daripada PB65781 dan PB78491 membuat pemantaun di sekitar kawasan Pavilion, jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah ternampak satu perempuan berpakain jubah hitam dalam keadaan mencurigakan di hadapan surau wanita tingkat 5..Seterusnya saya bersama saksi polis memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta suspek tersebut mengemukakan dokumen pengenalan diri tetapi suspek tersebut tidak mahu menunjukan sebarang dokumen dan terus melarikan diri..Saya bersama saksi polis mengejar dan berjaya menahan suspek tersebut..Semasa menahan suspek itu cuba melawan dan berlaku pergelutan yang mengakibatkan suspek mengalami kecederaan di bahagian kening kanan..

Antara barang yang dirampas bersama suspek..
1) satu dompet
2) wang tunai RM846
3) kad pengenalan seorang perempuan
4) 2 buah telefon bimbit
5) 2 keping kad ATM
6) kacamata
7) anak kunci
dan barang lain.

Suspek seorang lelaki melayu yang berusia 19 tahun yang beralamat di Johor Raya, Johor itu ditahan untuk disoal siasat..

Sumber : MF

lelaki rupanyaaaaaaa...macam mcam taktik manusia mencuri sekarang ni ye..
diharap kita semua lebih berhati hati..lagi lagi ditempat awam..
Semoga Allah lindung kita..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...