Noreen dan Mirsudiar ditemui selamat, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap
Gua Musang : selepas 47 hari dilaporkan hilang, dua kanak kanak Orang Asli ditemui dalam keadaan selamat di Sungai Perias, manakala seorang lagi rakan mereka meninggal dunia..
Dua mangsa itu dikenali sebagai Noreen Yacob, 10 dan Mirsudiar Aluj, 11, manakala kanak kanak yang mati itu belum dikenal pasti identitinya..
Ketiga tiga mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat..Lokasi penemuan mangsa tidak jauh daripada tengkorak dipercayai kanak kanak yang ditemui petang semalam..
Lebih memilukan dua kanak akan berkenaan ditemui dalam keadaan kurus kering dan hanya bergantung kepada air sungai dan tumbuhan hutan..
Ketika ditemui, dua kanak kanak berkenaan tidak mampu berjalan kerana terlalu penat..Penemuan ketiga ini menjadikan semua lima mangsa ditemui daripada tujuh kanak kanak yang dilaporkan hilang..
Mirsudiar Aluj, 11 ditemui dalam keadaan kurus dan tidak bermaya
Akhbar sebelum ni melaporkan gara gara takut didenda guru kerana mandi sungai, tujuh murid Orang Asli berkenaan dikhuatiri sesat dan hilang apabila melarikan diri masuk ke dalam hutan di Pos Tohoi pada 23 Ogos lalu..
Mereka yang hilang ialah Mirsudiar Aluj,11, Norieen yaakob, 10, Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli, 8 dan Juvina David, 7, yang semuanya tinggal di asrama..
Mangsa pertama ditemui pasukan mencari dan menyelamat kelmarin dan semalam, keluarga kanak kanak mengesahkan mayat berkenaan sebagai Sasa..
Noreen Yacob, 10 ditemui bersama Mursudiar aluj, 11 tidak jauh dari tengkorak yang ditemui petang semalam
Sumber : BH online
Alhamdulillah..semoga Allah mudahkan urusan mencari baki mangsa yang hilang..semoga semuanya selamat..in shaa Allah..
No comments:
Post a Comment