IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Wednesday 21 October 2015

Anak??


Bismillahirrahmanirrahim...

Tak berdosa pun kalau tak ada anak..
Tuhan tak kata kalau tak ada anak masuk neraka..

Yang berdosanya kalau suka suka sakitkan hati orang, perli orang, suka tayang rezeki yang Allah bagi, riak takbur bila ada ramai anak, bila dapat anak cepat..

Jangan sengaja nak sakitkan hati orang yang tengah bersabar menerima ujian daripada Allah..

Buka salah diorang bila tak dapat zuriat lagi..

Kalau kamu ada anak satu team bola pun belum tentu kamu masuk syurga kelas pertama kalau anak anak kamu tak dididik dengan baik mengikut cara Islam..

Rezeki setiap manusia berlainan..

Jika kamu tanya banyak kali bila orang tu nak mengandung pun bukan dia boleh jawab soalan kamu sebab dia sendiri pun tak ada jawapan..

Jadi apa motif nak bertanya?
Lebih baik kamu tanya Allah terus kenapa si polan dan si polan tak ada anak lagi..

Betul tak??
Terima kasih kerana sudi membaca...
Semoga bermanfaat..in shaa Allah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...