IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Wednesday 21 October 2015

Peringatan (LPT 2)


Peringatan untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dari Jabor, Kemaman hingga ke Kuala Terengganu mohon berhati hati dan ambil perhatian perkara perkara berikut memandangkan sekarang banyak berlaku kemalangan..

1. Keadaan jalan di sesetengah tempat yang beralun dan tidak rata..Pegang stereng dengan kuat terutama bila melalui jambatan dan jalan tidak rata bagi mengelakkan kenderaan terbabas...

2. Tidak digalakkan memandu melebihi 120km/j kerana banyak binatang yang mungkin melintas secara tiba tiba seperti kerbau, lembu, babi hutan, anjing dan sebagainya..

3. Sepanjang LPT 2 masih belum ada stesen minyak..Sila pastikan anda mengisi minyak dengan cukup sebelum memasuki lebuhraya ini..

4. Jika kenderaan anda rosak, tunggu di bahagian belakang besi penghadang lebuhraya..Jangan berada di dalam kereta..Pihak peronda LPT 2 akan sentiasa membuat rondaan dan memberi bantuan..

Sumber : Facebook Page 'Terengganu Darul Iman'

Dengan mengambil langkah berjaga jaga, in shaa Allah kita selamat dan jauh dari perkara buruk..

Pengalaman saya sendiri memandu di LPT 2 ni, bagi saya jalan nya lurus tapi beralun..
LPT ni tidak banyak selekoh berbahaya seperti lebuhraya karak..tapi mungkin disebabkan jalannya yang beralun dan pemandu memandu melebihi had laju salah satu punca utama banyak kemalangan maut berlaku..

Mungkin disebabkan jalannya yang lurus, ramai pemandu yang memandu secara laju dan tidak memikirkan struktur jalannya..

Kelajuan boleh membawa maut..rancang perjalanan anda supaya ia tidak tergesa gesa..in shaa Allah..

Terima kasih kerana sudi membaca..
Jom share semoga orang lain pun tahu..in shaa Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...