IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Wednesday 21 October 2015

Mandi Wajib Guna Shower


Bismillahirrahmannirrahim...

Bagaimana hendak mandi wajib yang betul dengan guna shower...

PENJELASAN :

Bagi memastikan mandi wajib itu sah, maka perlu dipenuhi dua rukun iaiatu berniat mandi hadas dan meratakan air ke seluruh badan..

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua rukun tersebut, sahlah mandi wajibnya..

Pertama, dia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa)..

Kedua, bila dia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah celah rambutdan kawasan kawasan yang berlipat di badan..Cara bagaimana dia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki)

Bagi memastikan air merata pada bahagian kemaluan hadapan dan belakang, maka antara caranya ialah mencangkung sambil menyampaikan air kebahagian yang sukar air sampai..

Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu..Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke suluruh badan, memadai dengannya..

Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan..Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan pembaziran..


Wallahua'lam

Sumber : http;//www.e-fatwa.gov.my/blog/mandi-wajib-guna-shower

Terima kasih kerana sudi membaca..
Jom share..semoga orang lain pun tahu...

#sebaik baik manusia ialah, orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...