IKLAN NUFFNANG
BLOG KAMI
NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!
JOM TENGOK, MENARIK!
Friday, 7 August 2015
Jika Mahu Lengkapkan Siasatan SPRM, PM Perlu beri Penjelasan : KJ
Untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang sesuatu isu, Pemuda Barisan Nasional (BN) berpendirian setiap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk meminta penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi melengkapkan sesuatu siasatan.
setiap siasatan yang dilakukan perlu diteruskan sehingga mendapat hasil yang diterima rakyat..
"Kalau perlukan keterangan yang diberikan oleh perdana menteri sendiri untuk membantu siasatan agar lebih sempurna dan menyeluruh, itu buktikan SPRM sedang jalankan siasatan tanpa gentar atau pilih kasih.
"Maksudnya SPRM menjalankan siasatan dengan telus, tanpa sekatan dan tiada apa-apa yang disembunyikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Beliau mengulas kenyataan SPRM pada hari Rabu yang mengesahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib ialah sumbangan daripada penderma dari Asia Barat dan justeru, Najib akan diminta untuk memberi penjelasan kepada SPRM mengenai derma yang diterima.
Jika niat SPRM meminta penjelasan daripada Najib itu adalah untuk menunjukkan siasatannya telus, maka hasilnya akan lebih meyakinkan rakyat. Tambah Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno.
Sumber : MK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment