Gambar dari udara di lokasi kejadian
ISLAMABAD: Semalam, sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila helikopter milik tentera Pakistan terhempas di barat laut negara berkenaan.
Pesawat buatan Russia, Mi-17 yang digunakan tentera udara di seluruh dunia, mempunyai rekod keselamatan yang kurang memberangsangkan beberapa tahun kebelakangan ini.
lapan mayat ditemui di tempat kejadian dekat bandar Mansehra di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kira-kira 170 kilometer ke utara Islamabad. Kata pegawai polis kanan, Nujeebur Rehman.
Tambahnya lagi, mayat yang ditemui dalam keadaan rentung dan sukar untuk dikenal pasti manakala helikopter yang membawa bekalan bantuan dan ubatan ke bandar utara Gilgit masih terbakar.
Sumber BH.
No comments:
Post a Comment