Gambar sekadar hiasan
BEIJING – Selepas Perdana Menteri Malaysia mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di sebuah pulau di Lautan Hindi datang daripada pesawat malang tersebut, waris kepada penumpang China dalam pesawat MH370 marah dan tidak percaya.
Kebanyakan daripada penumpang dalam penerbangan tersebut adalah warga China dan lebih 10 orang waris berkumpul di pejabat Penerbangan Malaysia (MAS) di sini dalam keadaan penuh emosi semalam.
“Saya tidak percaya maklumat terbaharu mengenai pesawat itu, mereka telah menipu kami sejak mula lagi. Saya tahu anak perempuan saya masih hidup tetapi mereka tidak mahu ceritakan perkara sebenar,” kata salah seorang dari waris.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment