6 Ogos 2015
KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut dalam keadaan memilukan apabila kepalanya hancur digilis lori selepas terlibat dalam kemalangan di jejambat Jalan Tun Razak arah ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dekat sini, hari ini.Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markhandan berkata, Norfarahsuhana Mohd Adil, 22, dipercayai berlanggar dengan lori itu.
“Kejadian kira-kira jam 11 pagi dipercayai berlaku ketika mangsa yang melalui laluan dua lorong bergerak di celah-celah antara lorong itu.
“Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila motosikalnya terlanggar bahagian belakang lori yang berada di laluan lorong kanan,” katanya.
Beliau berkata, akibatnya, mangsa jatuh sebelum digilis lori itu, manakala motosikalnya turut dilanggar sebuah kereta di laluan kiri.
Katanya, mangsa yang berasal dari Sungai Lalang, Bedong, Kedah, maut di tempat kejadian selepas parah di kepala.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment