IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Thursday 23 June 2016

Kemalangan Melibatkan 14 buah kenderaan, 2 Maut..



Kuala Lumpur : Dua maut manakala lima cedera dalam kemalnagn membabitkan 14 kenderaan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, 9.37 pagi tadi..

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kemalangan mebabitkan 11 kereta dan tiga lori..

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung malim dan BBP Kuala Kubu Baru tiba di lokasi pada 10.23 pagi untuk melakukan kerja menyelamat..

"Setakat ini dua disahkan maut manakala lima lagi cedera..Pihak kami kini sedang giat membantu menyelamat mangsa lain." katanya.

Sementara itu, semua lorong laluan ke ibu negara mengalami kesesakan berikutan kerja menyelamat sedang dijalankan dan pengguna dinasitkan menggunakan jalan alternatif..

Punca kejadian masih dalam siasatan..

Sumber : Metro
























Mangsa yang maut dipercayai seorang wanita berumur 28 tahun dan seorang bayi berusia setahun lebih..Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman..in shaa Allah..
Al-fatihah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...