IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Friday 24 June 2016

Keberanian 2 Remaja Dalam Peperangan Badar



Dalam peperangan Badar , ada dua orang remaja daripada Ansar iaitu Muaz bin Afra' dan Auf bin Afra'..Seorang berumur 15 tahun dan seorang lagi berumur 16 tahun..

Pada awal peperangan, apabila Utbah mencabar tentera Islam satu lawan satu, mereka berdua keluar bersama Abdullah bin Rawahah..

Mereka berkata dalam hatinya, "Kalau boleh, biarlah orang yang kiri kanan aku orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dalam peperangan."

Salah seorang daripada mereka datang berbisik kepada Abdul Rahman supaya tidak dapat didengari oleh yang kedua..Katanya, "Wahai pakcik, adakah pakcik kenal Abu Jahal? Aku dengar dia adalah orang yang paling banyak menyakiti Rasulullah..Tunjukkan dia kepada aku..Aku ingin membunuhnya.."

Begitulah kemarahan anak muda ini kepada Abu Jahal..Dia mahu membunuh ketua orang Quraisy dalam peperangan itu..Tetapi Abdul Rahman berjanji menunjukkan Abu Jahal kepadanya..

Selepas itu, datang seorang lagi juga dengan soalan yang sama..Pada masa itu, baru Abdul Rahman bin Auf tenang berada di tengah tengah dua remaja itu..

Abu Jahal dikawal ketat oleh orang orangnya..Abdul Rahman menunjukkan kepada dua remaja itu yang mana satu Abu Jahal..Belum sempat Abdul Rahman habis bercakap, kedua duanya sudah melompat menuju ke tempat Abu Jahal..

Mereka merempuh barisan tentera bukan Islam sambil menebas kiri dan kanan orang orang di sekeliling Abu Jahal dengan pedang mereka..Akhirnya, kedua duanya sampai kepada Abu Jahal dan memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal terjatuh..

Semua orang tidak menyangka serbuan tangkas daripada dua orang remaja Ansar itu..Abu Jahal cedera parah dan jatuh tetapi masih bernyawa..Auf bin Afra' yang sedang berada di tengah tengah tentera bukan Islam itu dibunuh oleh Ikrimah anak Abu jahal yang berada hampir dengan ayahnya..

Muaz bin Afra' pula sempat berundur sambil memerangi tentera bukan Islam yang bergasaknya..Akhirnya sebelah tangan terpotong tetapi masih tergantung di badan..Di berjaya berundur sampai ke tempat tentera Islam..

Selepas dibalut tangannya, dia terus berperang lagi..tetpai tangannya yang hampir putus itu mengganggu pergerakan..Akhirnya, dipijak tangannya itu dengan kakinya sendiri dan diputuskan terus tangannya supaya lebih mudah dia bergerak..

Dia terus berperang sehingga syahid dalam peperangan Badar..Apabila tentera bukan Islam tahu Abu Jahal sudah cedera, mereka mula mengudur dan tentera Islam mengejar dari belakang..

Wallahua'lam..

Sumber : Biografi Muhammad Bin Abdullah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...