IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Thursday, 27 August 2015

Bernyawa selepas sehari dikebumikan..Disangka mati, rupanya pengsan..


LA ENTRADA : Honduras, seorang remaja perempuan disahkan meninggal dunia menjerit meminta tolong selepas sehari dikebumikan..

Remaja yang mengandung 3 bulan itu dipercayai pengsan setelah mengalami serangan panik selepas terdengar bunyi tembakan..

Neysi Perez, 16, dilpaorkan meninggal dunia ketika bangun untuk ke tandas diluar rumahnya di La Entrada, barat Honduras..

Dia kemudiannya dikebumikan dengan pakaian pengantin yang dipakai ketika berkahwin baru baru ini..Bagaimanapun sehari selepas pengebumian, suaminya Rudy Gonzales pergi melawat kubur isterinya dan kemudian terdengar suara meminta tolong dari keranda tersebut..

Suaminya yakin yang suara jeritan itu dari isterinya, dia dan ahli keluarga yang lain bertungkus lumus memecahkan konkrit untuk mengularkan mangsa..

Ahli keluarga mangsa mendapati kesan hentakan pada cermin kaca yang menutupi keranda dan tangan remaja tersebut terdapat kesan lebam..

Mangsa di bawa ke hospital berdekatan San Pedro Sula, namun pakar perubatan mengesahkan dia telah meninggal dunia dan dikebumikan buat kali kedua di dalam kubur yang sama..

Sementara itu, salah seorang dari pekerja di tanah perkuburan tersebut mendapati mendengar suara jeritan meminta tolong, namun tidak menyangka bahawa 'mayat' yang baru dikebumikan itu masih hidup..

Sumber : sinar harian dan dailymail..

Hurmmmm..serammmmm...
cuba bayangkan kita berada dalam tu, terasa kelemasannya,,
Nauzubillah..

Terasa kesedihan yang di alami keluarga terutama suami remaja tersebut.. :(




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...