IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Wednesday 22 June 2016

Sunnah Rasulullah Ketika Memakai dan Menanggalkan Pakaian


Menanggal dan memakai pakaian adalah perkara sangat kerap dalam kehidupan seharian kita...Betul tak?Jadi dengan itu, kita ambil peluang ini dengan sebaik nya dengan mengamalkan Sunnah..

Antara Sunnah Rasulullah semasa memakai dan menanggalkan pakaian ialah :

1. Memulakan dengan membaca Bismillah sama ada ketika memakai mahupun menanggalkan pakaian kita..

Imam An-Nawawi berkata, "Jika kita ingin memulakan sesuatu perkara, amatlah digalakan kita mendahuluinya dengan Bismillah"

2. Apabila memakai baju, penutup kepala ataupun serban, Baginda membaca :

" Ya Allah! Aku memohon daripada-Mu kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya..Dan aku berlindung daripada-Mu keburukan pakaian ini dan keburukan apa yang ada padanya"
Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud, At-Tirmidzi

3. Mula memakai pakaian dengan anggota kanan berdasarkan hadis Rasulullah s,a,w yang direkodkan oleh Imam At-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah..

"Apabila kamu memakai pakaian hendaklah kamu memulakannya dengan anggota kanan"

4. Baginda menanggalkan pakaian dengan mendahului anggota kiri, kemudian anggota kanan..

Wallahua'lam..

Semoga setiap amalan kita setiap hari diterima oleh Allah..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...