Dikisahkan bahawa seorang pelayan membawa makanan untuk tuannya..Tiba tiba pelayan itu tergelincir dan makanan yang dibawanya terjatuh menimpa tuannya..
Maka meledaklah kemarahan tuan itu, demi melihat itu, maka berkatalah pelayan kepada majikannya..
"Wahai tuan, ingatlah firman Allah"
Tuan itu berkata, "apa firman Allah?"
Pelayan itu menjawab, "Allah berfirman dan orang orang yang menahan marahnya."
Si tuan itu berkata "Ya, saya tahan marahku"
Pelayan berkata "Dan orang orang orang yang memaafkan orang"
Si tuan itu berkata "Ya, saya maafkan kamu"
Pelayan berkata " Allah SWT menyukai orang orang yang berbuat baik"
Si tuan menjawab, "kamu bebas kerana Allah"
Kemudian tuan itu memberi pelayan itu seribu dinar...
Sumber : Buku Hadis 40..
Jom kita belajar tahan dan kawal marah..
Sesungguhnya marah itu punca penyesalan..
No comments:
Post a Comment