IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Tuesday, 24 May 2016

Antara Sunnah Rasulullah Selepas Bangun Dari Tidur



1. Menyapu kesan kesan tidur pada muka dengan tangan..

Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun dari tidur..Ini berdasarkan hadis Rasulullah :

"Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, lalu Baginda duduk sambil menyapu kesan kesan tidur pada wajahnya"

(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim)


2. Membaca Doa Bangun Tidur..


"Segala puji untuk Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan"

(Hadis direkodkan oleh Imam Al-Bukhari)

3. Bersugi..

"Rasulullah s.a.w apabila bangun daripada tidur, Baginda menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"

(Hadis direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam..

Sumber : Buku Kehidupan Rasulullah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...