IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday, 2 May 2016

Fakta Menarik Tentang Delima


Buah delima ada tiga jenis iaitu manis, masam dan agak masam..Khasiatnya pun berbeza satu sama lain sesuai dengan keragaman jenisnya..

Delima adalah buah klasik..Komuniti manusia zaman dahulu sudah mengenali dan menemui banyak khasiat serta menfaatnya..Bangsa Mesir Kuno, memanfaatkan buah delima untuk mengubati orang sakit..

Ibnu Qayyim mengatakan rasa manis buah delima baik untuk perut dan membuatnya semakin kuat kerana mengadungi zat penahan yang lembut, bermanfaat untuk tenggorokan, dada serta paru paru dan berguna mengatasi batuk..

Sedangkan Airnya boleh melancarkan perut, sehingga ia boleh dengan mudah memberikan bekalan makanan kepada tubuh dan meningkatkan daya seksual..

Sementara itu Ar Razi menyebutkan, delima manis boleh membangkitkan ghairah seksual, sedangkan delima masam boleh menghilangkan nafsu seksual..Yang manis menimbulkan rasa haus, sedangkan yang masam memadamkan gelora hempedu dan menghentikan muntah..Dua dua jenis delima ini sama sama bermanfaat untuk jantung..

Selain dari memiliki khasiat membantu pencernaan, buah delima asam merupakan bahan penyegar dan penguat jantung serta saraf, sehingga bermanfaat untuk para penderita lemah saraf..

Jika perahan buah delima dititiskan ke hidung, baik tanpa campuran apa apa mahupun dicampur dengan madu, maka ini akan bekerja membuang berbagai tumor atau benjolan selaput lendeir, kerana ia berfungsi sebagai zat konstriktif pembuluh darah..

Sumber : Buku ENSIKLOPEDIA KEMUKJIZATAN SAINS DALAM AL-QURAN & SUNNAH

Jom mulai harini kita sama sama kita amalkan makan buah delima..
banyak khasiatnya..in shaa Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...