Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah
Berkata Syeikh Sya'rawi rahimahullah...
Pertama :
Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya..Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya..Kamu ingatlah bahawa ia berstasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya..
Kedua :
Bila kamu nampak burung sedang minum air di kolam, maka janganlah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya..Biarkan ia dengan perasaan yang aman..Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok..
Ketiga :
Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang menganggu di tengah jalan, elak kan dari membuat nya terkejut..carilah dengan itu redha Allah..Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut..
Keempat :
Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan..carilah dengan itu redha Allah..Semoga Allah mengurniakan rezeki dari jalan yang tidak disangka sangka..
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke Syurga Allah SWT seluas langit dan bumi..
Tuan Guru Dr.Haron Din
Wallahua'alam..
No comments:
Post a Comment