IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday, 5 October 2015

Wanita ditetak 2 lelaki






Video suspek menetak mangsa



Video suspek ditangkap pihak polis tak sampai 30 minit selepas menetak wanita terbabit

PORT DICKSON : Polis berjaya menahan dua lelaki dipercayai suspek kes tetak seorang wanita kurang dari 30 minint selepas insiden berkenaan berlaku..

Suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika kira kira jam 7 malam kelarin di Plaza tol Mambau selepas terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20 an di kediamannya di Taman PD Utama di sini, kira kira jam 6.30 petang..

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baharudin Mustapha berkata, polis bertindak atas maklumat ahli keluarga..

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan memburu suspek.."Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek ketika kejadian jenis Perodua Myvi di kawasan Lukut dan terus mengekori kenderaan tersebut..

"Suspekyang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pambayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka," katanya..

Baharudin berkata, polis juga berjaya menemui dua bilah parangyang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di dalam kereta yang dipandu suspek..

"Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua dua mereka direman selama empat hari hingga isnin depan untuk membantu siasatan..

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan keceraan parah,"katanya..

Terdahulu mangsa seorang wanita berusia awal 20-an bekerja di sebuah hotel di Port Dickson telah diserang tiga lelaki termasuk suaminya..

Sinat Harian difahamkan, ketika kejadian mangsa baru pulang dari tempat kerja dan diserang dengan menggunakan parang ketika dia turun hendak membuka pintu pagar rumahnya..

Suspek dipercayai telah mengekori mangsa beberapa kilometer sebelum tiba di rumah dan terus menyerangnya sebaik sahaja mangsa keluar kereta..

Sementara itu, ibu mangsa yang meihat kejadian berkenaan cuba membantu anaknya selepas diserang menggunakan senjata dipercayai parang ditolak sehingga jatuh..

mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson..

Sumber : Sinar harian

Perghhhh..tetak orang macam tetak apa je..
Dah tak ada belas kasihan langsung..
Semoga mereka berdua dapat hukuman yang setimpal!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...