Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda..
"Tahukah kamu siapa orang muflis?"
Sahabat sahabat baginda menjawab :
"Orang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda"
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Sebenarnya orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa, zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu dan juga memukul orang."
"Maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu, kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula kesalahan kesalahan orang yang dianiayakannya serta ditimpakan ke atasnya, kemudian dihumbankan ke dalam neraka..
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)
Nauzubillahminzalik...
Kalau muflis di dunia tak apa lagi, kalau di akhirat??
ya Allah...lindungi kami, jauhkan kami dari api neraka jahanam Mu..
Terima kasih kerana sudi membaca..
Jom share..semoga bermanfaat juga untuk orang lain..in shaa Allah...
No comments:
Post a Comment