IKLAN NUFFNANG
BLOG KAMI
NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!
JOM TENGOK, MENARIK!
Saturday, 10 October 2015
Lagi rangka dijumpai
GUA MUSANG ; Rangka manusia dipercayai milik kanak kanak Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan tengkorak tergantung di ranting pokok di tebing sungai manakala sebahagian cebisan badan lain bertaburan..
Rangka berkenaan ditemui kira kira jam 11 pagi ini oleh kakitangan Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bersama pasukan penyelamat yang membuat tinjauan menggunakan bot di Sungai Perias..
Sebahagian baju mangsa dipercayai berwarna kelabu turut tergantung di ranting bersama tulang tangan..Rangka berkenaan sudah dibawa turun ke markas operasi sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat dan ujian DNA.
Sumber polis berkata, penemuan rangka berkenaan kira kira 10 meter daripada mayat Ika Ayel, 9, bersama Noreen Yaacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, yang masih hidup semalam..
Sumber : BH Online (disiarkan 2.41pm)
Semoga Allah membantu urusan membantu dan mengesan mangsa..in shaa Allah..
Jika ada maklumat terbaru, kami akan kemaskini..in shaa Allah...
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment