IKLAN NUFFNANG
BLOG KAMI
NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!
JOM TENGOK, MENARIK!
Saturday, 10 October 2015
4 suspek ditahan
SHAH ALAM : Polis menahan empat lelaki termasuk dalang dalam kes penculikan seorang kanak kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang semalam..
Semua suspek yang ditahan secara berasingan malam tadi berumur lingkungan 28 hingga 45 tahun..Seorang daripada mereka adalah warga Indonesia selain pemandu teksi yang menghantar pulang kanak kanak itu..
Ketua Polis, Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, susulan kejadian culik jam 9.26 pagi semalam, bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek kira kira 10.50 pagi meminta beliau menyerahkan wang tebusan RM300,000..Katanya, bapa mangsa kemudian membuat bayaran tebusan itu dengan meletakkannya di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya besar di Saujana Impian, Kajang seperti yang dikehendaki suspek berkenaan..
Susulan pembayaran wang tebusan itu, pada 5.40 petang, mangsa kemudiannya dibebaskan dan dihantar pulang oleh seorang pemandu teksi kepada keluarganya di Taman Suria, Sunagi Chua,"katanya..
"Berikutan kes berkenaan, polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan hasil risikan, dua lelaki ditahan dalam tangkapa pertama pada 10.10 malam tadi di hadapan sebuah pasar raya mini di Jalan Sungai Chua..
"Lelaki berumur 28 tahun dan warga Indonesi berumur 32 tahun itu ditahan ketika berada di dalam sebuah Proton Saga dan pemeriksaan mendapati kereta itu adalah kereta yang sama digunakan ketika menculik kanak kanak berkenaan, "katanya kepada pemberita di sini, hari ini..
Abdul Samah berkata, hasil siasatan lanjut polis menjumpai wang tunai berjumlah RN30,000 disorok di bawah tempat duduk kereta itu dan sepasang nombor plat kenderaan palsu dipercayai digunakan ketika penculikan berkenaan..
Berikutan itu, katanya polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 45 tahun dipercayai dalang penculikan itu pada 12.15 malam tadi di rumahnya di Kajang Raya, Sungai Chua..
Beliau berkata, pemeriksaan terhadap dalang itu menemui wang tunai RM1,050 di dalam beg duit suspek dan RM60,500 disorok di bawah tempat duduk motorsikal lelaki itu diluar rumahnya..
"Polis turut merampas sebuah beg berwarna ungu dipercayai digunakan bapa kanak kanak itu bagi mengisi wang tebusan yang diminta suspek," katanya..
Susulan penahanan ketiga tiga suspek itu, Abdul Samah berkata pemandu teksi yang menghantar pulang kanak kanak itu juga ditahan dan teksinya dirampas pada 12.15 malam tadi bagi mebantu siasatan kes berkenaan..
Abdul Samah berkata, dalam kejadian 9.26 pagi semalam, kanak kanak lelaki berkenaan diculik tiga lelaki warga tempatan menaiki sebuah Proton Saga ketika mangsa dihantar ibunya ke sebuah prasekeolah di Sungai Chua, Kajang..
"Suspek dipercayai memberhentikan kereta di hadapan kenderaan ibu mangsa kononnya ingin bertanya soalan namun ketika berbual, seorang lagi suspek meluru keluar lalu menarik kanak kanak itu ke dalam kereta dan terus memcut laju, "katanya..
Menurutnya, dalang kes penculikan itu tinggal dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa dan dipercayai mengenali bapa kanak kanak itu atas urusan perniagaan..
Tambah beliau, motif sebenar penculikan masih disiasat namun tidak menolak kemungkinan suspek utama, yang menjalankan perniagaan percetakan di Plaza Indah, Taman Sepakat Indah, Kajang melakukan perbuatan itu akibat masalah kewangan..
Abdul Samah berkata, setakat ini polis menemui seula wang tebusan itu sebanyak 291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat..
Ketika ditanya hubungan semua suspek dan sama ada mereka diupah oleh dalang berkenaan, Abdul Samah berkata polis sedang menyiasat lebih lanjut berhubung perkara itu..Katanya kanak kanak berkenaan kini berada dalam keadaan sihat waluapun terdapat sedikit lebam di tangan dan badan..
Kes disisat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan..
Semalam, media melaporkan seorang kanak kanak lelaki berusia lima tahun ditemui semula lapan jam selepas dipercayai diculik oleh dua lelaki di Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, pagi semalam..
Kanak kanak itu ditemui dalam keadaan selamat dan dihantar pulang oleh seorang pemandu teksi ke rumahnya..
Sumber : BH online
Semoga Allah memudahkan urusan pihak polis menyiasat kes ini..in shaa Allah...
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment