IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Wednesday 16 September 2015

Punca Kevin Morais dibunuh



Tong dram yang digunakan untuk letak mayat Kevin Morais

SUBANG JAYA : Polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, yang ditemui mati dalam tong dram di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1, di sini, pagi tadi..

Motif ini adalah berdasarkan tangkapan seorang bekas pegawai kanak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sedang menjalani satu perbicaraan mahkamah di Shah Alam berhubung satu kes rasuah dikendalikan mangsa sebagai pihak pendakwaraya..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berkata pegawai berusia 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Rawang, yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman sejak awal pagi semalam..

Penahanan individu yang juga suspek utama itu juga katanya, sekali gus melenyapkan pelbagai spekulasi sebelum ini termasuk mengaitkan kehilangan Kevin Morais dengan isu 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Ambank, Hussain Ahmad Najadi..

"Setakat ini juga, polis sudah tangkap tujuh individu yang ada kaitan dengan kes bunuh ini iaitu suspek berusia 22 dan 53 tahun," Lima yang ditahan alah supek utama, dua lagi wanita dan kanak kanak, bukan saksi utam,"katanya turut memaklumkan ada lagi beberapa tangkapa susulan akan dibuat bagi menyelesaikan siasatan..

Ditanya mengenai kereta yang dtimeui di Hutan melintang sebelum ini, Mohmad berkata, pihaknya percaya, 99 peratus kereta terbakar itu ada kaitan dengan kes bunuh Kevin Morais berdasarkan kesan kemalangan..


Sumber : BH online  (disiarkan 1.17pm)

Manusia makin kejam!
Bukankah pembunuh itu tidak punyai akal fikiran??
kalau begitulah sikapnya, tak ubah seperti haiwan..malah haiwan pun tak sekejam itu..
semoga pembunuh itu mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...