Gambar kenangan Almarhumah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah Kelantan antara yang meninggal akibat tragedi kren tumbang di Masjidil Haram Jumaat lalu
Daripda gambar ini terlihat kelibat kanak kanak berbaju hijau..Umurnya 5 tahun, anak bongsu kepada Almarhumah Siti Nurolshlizan..
Nota untuk anak kecil yang bongsu...
Apabila pakcik tahu daripada pakcik Amalludin bahawa budak berbaju hijau itu adalah anakanda sendiri, anak bongsu kepada almarhumah ummi..
Di usia 5 tahun juga, pakcik kehilangan ibunda pakcik..Ya sama, 5 tahun juga, pakcik juga anak bongsu..
Pakcik lihat jam di tangan pembelian ibu, sudah jam 10 malam..Terlihat datang untuk membawa jenazah ibu pakcik untuk dikebumikan..Peristiwa 16 Mac 1988..
Waktu itu tiada apa apa perasaan lagi..Sambil menggalas beg gambar Mickey Mouse warna biru, pakcik hanya diam sahaj melihat..Sejak itu, bermula hidup pakcik tanpa ibu..
Berikut adalah perkara yang anakanda akan hadapi dan cara mengetasinya, mungkin nampak senag tetapi bagi usia 5 tahun, ia amat susah..
1. Mesti mula belajar gosok gigi sendiri..Minta dengan abah atau sesiap belikan berus gigi..Andai anakanda sakit gigi, ummi tidak ada di sisi..
Walaupun ada abah, ibu saudara atau kaka..Mereka tidak sesabar ummi..Mereka tidak boleh faham apa kita rasa..Naluri ibu sangat berbeza..
2. Andai adik tidak suka makan sayur..Mesti mula belajar makan sayur..Jangan sesekali susahkan orang lain..Mulakan dengan kobis atau karot..Pakcik dulu mula dengan makan kobis, manis rasanya..
3. Belajar lihat jam..Belajar guna masa..Ikut masa..Mintalah sesiapa belikan jam bernombor harga 5 ringgit..Jam pakcik dulu 2 ringgit..
4. Cepat cepat belajar ABC dan membaca..Kita mesti bergerak atas kaki sendiri..Abang kak ada matlamat hidup masing masing..
Apabila kita besar, kita yang tentukan matlamat hiduo kita..Ummi tidak ada untuk memahami perasaan dan jiwa kita ..Abah mungkin sibuk mencari rezeki...
5. Pakcik juga anak bongsu..Anak bongsu kuat menangis..Mulai sekarang berhenti menangis tanpa sebab..
Sakit sikit terkena pisau atau terkepit pintu, mesti tahan..Minta ubat..Ketap gigi kuat kuat, biarlah sakit itu hilang sendiri..Pakcik dulu pernah meragam, ia menyusahkan ramai orang..
6. Belajar dengan memerhati..Usah gopoh..Lihat dengan teliti, lihat berkali kali dan belajar buat sendiri..
7. Anakanda suka tengok TV bukan? Apabila terdengar sahaja orang minta tutup tv, terus tutp, ikut peraturan..Tiada sesiapa yang boleh layan kerenah kita..
8. Jangan sesekali meminta minta..jangan minta duit raya..Jangan minta mainan atau apa sahaja..
9. Belajar buat sendiri tanpa disuruh suruh..Ikut masa yang ditetapkan, waktu mandi, waktu makan dan sebagainya..
10. Jangan suka bersaing..Jangan cuba berlawan dengan sesiapa..Belajarlah berkawan kawan..mainan orang kita lihat sahaja..jangan sentuh..apabila dipelawa barulah main sama sama..
Kredit foto : Tuan Amalludin Zolkifli
Dipetik dari fb : https://www.facebook.com/ahmadsaifuddin.yusof
Sedih, sebak, terharu, gembira..perasaan saya bercampur..
semoga adik ini tabah mengharungi hidup tanpa seorang ibu yang baik..in shaa Allah..
Alfatihah untuk semua mangsa yang meninggal dalam tragedi kren tumbang Jumaat lalu..
No comments:
Post a Comment