IKLAN NUFFNANG
BLOG KAMI
NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!
JOM TENGOK, MENARIK!
Friday, 11 September 2015
Najib, Rosmah saman Nga
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri memohon supaya kes saman fitnah difailak terhadap anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming diputuskan melalui isu perundingan iaitu tanoa perbicaraan penuh..
Najib dan Rosmah Mansor menfailkan saman itu terhadap Nga yang didakwa memuat naik gambar berunsur fitnah mengenai mereka dalam akaun Facebook anggota Parlimen DAP itu pada Mac lalu..
Peguam Choo Shi Jin, mewakili Najib dan isteri memberitahu pemberita bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu semalam dan tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar permohonan pasangan itu..
Beliau berkata demikian ketika kes itu disebut di dalam kamr di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Siti Khadijah S. Hassan Badjenid, Peguam Dennis Goh hadir mewakili Nga..
Choo berkata, mahkamah juga menetapkan 16 hingga 19 Mei tahun depan untuk perbicaraan dan disambung pada 23 hingga 26 Mei 2016, sekiranya kes saman itu akan diputuskan melalui perbicaraan ..
Dalam prosiding sivil, sekiranya permohonan untuk melupuskan kes sama melalui isu perundangan ditolak, mahkamah akan memutuskan kes itu melalui perbicaraan penuh iaitu dengan memanggil saksi saksi untuk memberi keterangan..
Mahkamah juga menetapkaan 23 Oktober ini untuk pengurusan kes..Pada 11 Jun lalu, Najib, atas kapasiti peribadinya dan Rosmah memfailkan sama itu terhadap Nga selepas mendakwa defenda memuat naik gambar Najib dan Rosmah berserta status dalam akaun Faceook atas nama Nga Kor Ming, pada 29 Mac lepas..
Pasangan itu mendakwa dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama dengan beberapa orang menteri kabinet Malaysia dan pegawai tertinggi Wisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China..
Meraka mendakwa Nga telah menerbitkan perkataan perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status memfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia..
Najib mendakawa perkataan perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah menyalah guna kuasa dan mandat sbeagi perdana menteri untuk kepentingan sendiri atau kepentingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan..
Rosmah pula mendakwa perkataan perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana mempengaruhi suaminya selaku perdan menteri dan telah menyalah guna kuasa selain mempunyai kepentingan dalam sitem pentadbiran negara..
Pasangan itu berkata, walaupun defendan sudah mengambil tindakan untuk membuang status bergambar itu, namun status itu masih tersebar dengan meluas di dua buah blog yang masih diakses di seluruh dunia dan mempunyai 'page view' masing masing seramai 25,360,055 dan 6,626986 sehingga tarikh writ saman tersebut difailkan..
Oleh itu,mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah, kos dan lain lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah..
Sumber : BH online..(disiarkan 2.41pm)
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment