IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Friday, 11 September 2015

6 buah rumah musnah dalam satu kebakaran






TAWAU : Sebanyak enam rumah di kampung Pisang, dekat sini, musnah dalam kebakaran petang tadi mengakibatkan lebih 60 penghuni tinggal sehelai sepinggan..

Kebakaran bermula dari sebuah rumah sekitar jam 2.20 petang sebelum merebak dan memusnahkan enam lagi kediaman namun tindakan pantas bomba berjaya mengelak kira kira 100 lagi rumah di perkampungan itu daripada turut hangus..

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.30 petang sebelum menghantar 29 anggota serta lima jentera dan sebuah kenderaan utiliti ke lokasi..

"Bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian dan api dapat dikawal sepenuhnya jam 3.21 petang, sekali gus mengelak daripada kira kira 100 rumah di kampung ini turut terbakar kerana kedudukannya yang rapat antara satu sama lain..

"Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam sisatan, "katanya ketika ditemui di lokasi kejadian..

Imam Masjid Kampung Pisang, Abdul Syukur Abdul Gahni, 60, berkata ketika kejadian dia berada di masjid dan nampak asap tebal..Sebelum melaungkan azan..

"Selepas solat jumaat, saya masih berada di masjid bersama bebrapa penduduk sebelum terdebgar jeritan orang kampung..Apabila menjenguk ke luar, saya lihat rumah terbakar dan api merebak dengan cepat..

"Saya kemudian masuk semula ke masjid dan melaungkan azan, syukur api tidak terus merebak dan bomba yang tiba tidak alma selepas itu dapat mengawal kebakaran," katanya..

Sumber : BH online..

Semoga mereka yang terlibat tabah mengharunginya...
setiap yang berlaku, mesti ada hikmah disebaliknya...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...