Keadaan Bujen Sulak semasa ditemui oleh pasukan penyelamat
ALOR GAJAH : Selepas hilang hampir 30 jam, lelaki Orang Asli ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan badan dihurung semut oleh pasukan penyelamat di puncak bukit berhampiran Kampung Orang Asli Bukit Payung, Tabuh Naning, di sini, petang kelmarin..
Bujen Sulak, 70, sebelum itu keluar dari rumahnya seorang diri dengan menunggang motorsikal jam 12 tengah hari Jumaat lalu, menuju ke buki berkenaan untuk mencari petai..
Selepas dilaporkan hilang, dia ditemui dalam keadaan lemah jam 4 petang kelmarin oleh pasukan penyelamat sebelum dikejarkan ke Hospital Alor Gajah (HAG)..
"Pada hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah hingga tengah hari menyebabkan anak lelakinya risau dan meminta bantuan penduduk mencari bapanya seblum menemui motorsikal warga emas itu disandar pada pokok berhampiran bukit berkenaan," katanya..
Menurutnya, anak mangsa membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat, petang kelmarin sebelum pihak berkuasa melancarkan gerakan mengesan warga emas itu..
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Zulkifli Musa berkata, operasi mengesan mangsa dimulakan jam 1.48 petang kelmarin membabitkan bantuan pegawai serta anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung..
Sumber : Metro online..(disiarkan5.42am)
Alhamdulillah..dengan bantuan orang ramai, jumpa juga pakcik tu ye..
Tahniah kepada pihak yang terlibat dalam usaha mencari..satu kerjasama yang bagus..Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment