Kenangan, arwah Rohana bergambar dengan anak lelakinya
"Bukan semua dapat merasainya, Kata anak mangsa, Rohana Ismail, 54, yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, Jumaat lalu..
Siti Hamimi Mohd Noor, 27, ketika dihubungi BH Online sebentar tadi, berkata dia mendapat tahu berita sedih itu selepas dihubungi bapanya, Muhammad Noor, 56, yang tutrut berada di Makkah kira kira jam 11.30 malam tadi (waktu Malaysia)
"Abah reda dan suaranya seperti biasa (tenang), abah pesan supaya kami adik beradik reda dengan pemergian mama..Dia bagithu kami sepatutnya gembira kerana mama meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan haji..
"Dalam hati saya sekarang hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diri ini, tidaka sangka mama pergi begitu cepat" katanya..
Allahyarhamah adalah antara empat jemaah haji Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu..Jemaah lain ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, Munah Jusoh, 73, dan Rusiah Suar, 56..Sementara itu, seorangseorang jemaah, Abdul Muluk Ishak, 71 yang dilaporkan hilang sudah ditemui semula..
Selain itu, tiga lagi jemaah haji Malaysia yang mesih belum dapat dikesan iaitu Shahidan Saat, 52, dari Kodiang, Kedah, Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor..
Dalam kejadian 5 petang waktu temapatan itu, seramai 107 terkorban manakala 238 jemaah cedera termasuk rakyat Malaysia..
Menurut pengurusan Masjidilharam, Makkah, kejadian bermula dengan ribut pasir dan hujan lebat, menyebabkan kren tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa'ie, menyebabkan sebahagian rangkanya jatuh di bangunan Sa'ie berdekatan mataf
Sumber : BH online..(disiarkan 1.03am)
Hanya orang yang terpilih sahaja meninggal di Tanah Suci..
Al-fatihah...
No comments:
Post a Comment