Kuala Lumpur; 1 September, Penguasaan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berakhir selepas pemain dari Messir, Raneem El Welily memintasnya..
Dalam ranking terbaru Persatuan Skuasy Wanita (WSA) yang dikeluarkan hari ini, (semalam), Raneem menjadi pemain nombor satu dunia yang terbaru selepas mengumpul 2,979 mata, 126 mengatsi mata Nicol yang hanya mengutip 2853 mata..
Mengulas perkembangan terbaru itu, Nicol berkata ia adalah sesuatu yang dijangka tetapi menegaskan dia akan berusaha lebih kuat untuk merampas semula posisi tersebut..
"Kehilangan posisi itu bukanlah memeranjatkan, ianya sudah dijangka kerana Raneem menjuarai empat daripada enam kejohanan terakhir.
Sudah tentu ini bukan detik yang terbaik tetapi pada masa yang sama, ia memberikan saya dorongan tambahan untuk mendapatkan nya semula ranking pertama itu..
"Selama sembilan tahun sebagai pemain nombor satu dunia, ia memberikan saya satu pengalaman bagi berdepan rintangan, dan kini cabaranya adalah untuk musim akan datang atau harapan untuk beberapa tahun lagi, " katanya menerusi video yang dimuat naik di lama Facebooknya..
Pemain berusia 32 tahun dari Pulau PInang itu mula menerajui ranking dunia dari Januari hingga Mac 2006 sebelum Vanessa Atkinson dari Belanda merampasnya untuk empat bulan sehingga Julai.. Nicol menduduki posisi itu semula sejak Ogos 2006 sehingga dirampas Raneem bulan ini..
Pemain berusia 26 tahun dari Mesir itu menjuarai tiga kejohanan utama tahun ini- Kejohanan J.P. Morgan, Terbuka Guggenheim Partners Windy City dan Terbuka Alexandria..
Begitupun, Nicol boleh merampas kembali posisi itu jika menjuarai terbuka China yang akan membuka tirainya pada khamis ini..
Sumber : MF
Semoga Datuk Nicol menjuarai terbuka China nanti..sy minat Nicol walaupun saya tak minat bermain skuasy..saya minat dia sebab dia seorang yang berusah keras, sangat berdisiplin dan tidak kenal erti putus asa...
Semoga berjaya Datuk Nicol.. :)
No comments:
Post a Comment