IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Friday 29 July 2016

Sahabat Tanpa Syarat




Pada suatu petang pada hari cuti seorang sahabat saya mengajak untuk menenmaninya ke kedai spare parts, saya dengan rela menemaninya..Kami ke bandar Klang, usai membeli barangan dikehendaki, dia mengajak saya menemaninya ke majlis reunion rakan sekolah rendahnya..

Sudah tentu saya keberatan kerana saya tidak mengenali sesiapa di situ dan saya juga berpakaian agak selekeh, dia mendesak dan saya tiada pilihan kerana saya menumpang keretanya, dia berjanji hanya sekejap sahaja..

Di restoran berhawa dingin itu beberapa sahabat lamanya sudah mula datang dan berbual-bual di dalam kelompok - kelompok kecil di luar terdapat deretan kereta kereta mewah..Dia masuk berjumpa mereka dan bertegur sapa..Rata rata mereka sudah tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah puluhan tahun...

Saya pula turut bersalam dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya..Apabila ditaanya mengenai isteri dan anak anak, sahabat saya menyatakan bahawa isteri dan anaknya terpaksa mengahdiri kenduri jiran sebelah rumah..

Saya hanya menjadi pemerhati do majlis itu sambil menghabuskan makanan yang terhidang..saya dapat perhatikan sahabat sahabat satu sekolah ini terbahagi kepada pelbagai kelompok, ada yang kelompom guru, businessman, kakitangan kerajaan, suri rumah dan penyendiri..

Sahabat saya disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka sekadar berjabat salam dan bertanya khabar diri, kelaurga, kerja dan kereta yang dipakai..ya, itulah soalan yang ditanya oleh rata rata mereka di majlis tersebut..

"Woi, kau pakai kereta apa sekarang?"
Saya yang mendengar turut terasa jengkel, ini perjumpaan sahabat sekolah atau perjumpaan show off kereta..Lagi memualkan ada sahabatnya yang terang terang bercerita perniagaannya yang besar, berkahwin dua, membeli pelbagai hartanah, ada pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar negara, sahabat saya hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tidak mahu merintang angin sahabatnya yang mendabik dada sudah menjadi orang ada ada..

Dua jam berlalu, sahabat saya mengajak saya pulang, dia menemui sahabatnya yang lain dan memberitahu terpaksa pulang untuk menyertai isterinya di kenduri jiran merka, rata rata hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain, tidak mengedahkan sahabat saya lagi..

hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang mengekori hingga ke kereta, mereka masih berbual kira kira 20 minit dan bergelak ketawa, merkea bukan calang-calang orang, salah seorang adalah pengarah agensi kerajaan dan seorang lagi ahli perniagaan..Merka berkekek ketawa bercerita tentang peristiwa melastik burung, memdap ikan puyu di paya dan dihambat jiran setelah mencuri durian..

Apabila ingin bersurai, sya tengok mereka berpelukan mesra dan salaing bermaafan, air mata mengalir di pipi masing masing..Di dalam kereta, saya bertanya sahabat saya itu kenapa dia tidak berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya, dia mempunyai kereta BMW, merc, Honda, Toyota hilux dan beberapa kereta lagi , tetapi wira buruk ini juga dibawanya..

Katanya, "memang saya sengaja, saya nak tengok rupa sebenar sahabat sahabat saya yang dahulu makan sepinggan dan susah senang bersama..Jadi, akhirnya saya tahu saya sebenarnya hanya ada dua orang sahaja sahabat yang masih anggap saya sahabat karib mereka, sahabat tanpa syarat".

Saya diam dan termenung sendiri, saya sedar bahawa rumah cuma tempat berteduh, kereta cuma alat pengankutan, pakaian cuma alas diri..Kita mampu memiliki dan menggantinya kesemuanya itu pada bila bila masa bergantung kepada kemampuan dan pilihan yang ada ditangan kita..

Ternyata harta yang dikumpul dalam hidup telah memisahkan banyak persahabatan..Namun jika hati masih ikhlas bersahabat tanpa syarat, persahabatan akan kekal hingga ke hujung nyawa..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...