IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Friday 27 May 2016

Tanda Tanda Rambut Kita Bermasalah


1. Helaian Rambut Tidak Terurus..

Rambut tidak menjadi lurus secara semula jadi akibat helaian helaian rambut yang tidak terurus..Sepatutnya setiap helaian rambut akan bergerak di atas rambut lain dengan geseran yang paling minimun..Apabila geseran meningkat, keadaan ini menghasilkan rambut yang berkerinting halus dan kelihatan kusut serta tidak bersinar..

2. Helaian Rambut Kasar..

Lazimnya, jika rambut anda terasa kasar, kusut dan bergerak dalam arah yang berbeza, ini adalah satu lagi petanda bahawa rambut anda tidak akan kelihatan sempurna..Keadaan ini disebabkan oleh helaian rambut yang terputus, bercabang dan rapuh..

3. Kusam dan Pucat..

Apabila rambut anda tidak bersinar, ini adalah satu petanda bahawa rambut anda sudah rosak..Kutikel rambut mungkin pecah dan menyerpih..Untuk rambut bersinar yang penuh glamour, anda memerlukan kutikel yang selari secara sempurna untuk memantulkan cahaya..

4. Tiada Keanjalan..

Rambut yang sihat lazimnya boleh diregangkan dan akan kembali kep apnjang asalnya dengan mudah..Bagaimanapun, kekurangan keanjalan atau imbangan kelembapan boleh mengakibatkan rambut kusut..Rambut yang tidak bermaya tidak memliki daya lantunan, volum atau kelihatan cantik..

5. Rambut Berminyak..

Kulit kepala yang berminyak memang mengecewakan..Sedikit minyak di atas rambut anda memang diperlukan..Ia menjadikan rambut anda cantik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...