Terdapat Seorang CEO yang hampir bersara dan ingin menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yang terbaik..
Untuk itu dia memanggilseluruh eksekutifnya, memberikan masing masing sebiji benih kepada setiap seorang dan berkata :
"Tanam, jaga dan siram dengan baik benih yang saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanama yang tumbuh dari benih ini"
"YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di perusahaan ini"
Salah seorang eksekutif, bernama Ahmad yang juga mendapat benih tersebut terus pulang ke rumah dan menanam benih tanaman itu..Setiap hari benih itu dia siram dengan air dan diberinya baja..
Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua saling membicarakan kehebatan tanama mereka yang tumbuh dari benij yang diberikan kepada mereka..Hanya benih Ahmad sahaja yang tanamannya tidak tumbuh sama sekali..
Ahmad berasa gagal dan susah hati..
Setelah 3 bula, semua eksekutif mengahadap CEO memperlihatkan hasil benih tersebut..Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pasu yang kosong..
Namun isterinya mendorong untuk tetap membawa pasu kosong tersebut untuk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu..
"Bawa je bang, walaupun abag gagal untuk menumbuhkan benih itu, paling tidak abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha semampu mungkin menjaganya sesuai dengan permintaan bos abang...", demikian kata isterinya
"Baiklah sayang.." jawab Ahmad dengan hati yang berat kerana tidak dapat menunaikan permintaan CEO nya..
Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pasu kosong..Semua mata memandangnya kasihan..
Ketika CEO masuk, dia memandang keindahan seluruh tanaman yang kononya hasil dari benih yang diberinya dulu, hinggan akhirnya berhenti di depan Ahmad yang tertunduk malu..
CEO tersebut meminta Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yang mati..
Ketika Ahmad selesai bercerita, CEO berkata, "Beri tepukan untuk Ahmad, CEO kita yang baru!"
Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad..
CEO itu kemudiannya berkata, "Semua benih yang saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tubuh lagi..Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong pada saya..Kecuali Ahmad, hanya dia yang jujur, jadi dialah yang paling layak menyandang jawatan tertinggi ini!
#Taburlah KEJUJURAN dan anda akan menuai kepercayaan...
Jangan pernah takut untuk berlaku JUJUR!
Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua dalam menghadapi kehidupan seharian...
Sudah baca, jangan lupa share ye..
in shaa Allah..
No comments:
Post a Comment