KAPAR:
Seorang murid perempuan berusia 10 tahun maut apabila motosikal guru yang
diboncengnya bergesel dengan lori sampah di Persiaran Hamzah Alang, dekat sini,
petang tadi..
Dalam
kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa dipercayai baru pulang dari sekolah
agama. Ketua Polis Daerah Klang Utara,
Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat,
berkata siasatan awal mendapati lori sampah itu mengubah laluan secara
tiba-tiba sebelum bergesel dengan motosikal yang dibonceng mangsa.
"Mangsa yang meninggal dunia di tempat
kejadian manakala gurunya yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR).
"Pemandu lori bersama dua rakannya melarikan diri
dan polis giat mengesan semua suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Mohd
Yusoff berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta
tampil membantu siasatan..
Sumber
: BH Online
Semoga Allah mudahkan urusan pihak polis memburu suspek..in shaa Allah...
No comments:
Post a Comment