Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata siasatan polis terhadap kes berkenaan dianggap sudah selesai..
"Tidak perlu lagi buka kertas siasatan, semuanya telah selesai,"katanya ketika dihubungi Bernama hari ini..Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada siasatan polis terhadap kes berkenaan masih berjalan atau kertas siasatan baharu akan dibuka..
Isnin lalu, enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu..
Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya dekat sini pada 16 September lalu..
Morais dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya..
Sumber : BH Online
No comments:
Post a Comment