IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Thursday, 8 October 2015

Suspek direman seminggu


Suspek diiring polis setelah tiba di Mahkamah pagi tadi 

Gua Musang : Anak angkat pasangan suami isteri yang mati berkecai apabila motorsikal yang ditunggang mereka meletup akibat bom buatan sendiri pagi semalam, ditahan reman selama seminggu bermula harini hingga Rabu depan..

Perintah tahanan reman terhadap supek berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Izudin Mohd Shukri kira kira jam 9.30 pagi ini..

Suspek yang tiba di mahkamah kira kira jam 8.30 pagi memakai pakaian lokap berwarna ungu sambil bergari diiringi anggota polis..

Dalam kejadian jam 9.10 pagi semalam, sepasang suami isteri maut selepas motorsikal yang ditunggang mereka meletup berpunca daripada bom buatan sendiri dipercayai angkara anak angkat mereka..

Kejadian di kampung Pulai itu menyebabkan mayat mangsa masing masing berusia 72 tahun berkecai dan serpihan badan mangsa bertaburan hingga 40 meter..

Ketika kejadian, pasangan suami isteri berkenaan dari rumah mereka di Kampung Batu Papan menghala Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebelum motorsikal yang ditunggang mereka meletup>

Suspek yang juga anak angkat mangsa ditahan di rumahnya kira kira sejam selepas kejadian..

Sumber : BH online

Semoga Allah mudahkan urusan soal siasat suspek..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...