IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Wednesday 7 October 2015

Suami isteri maut, motorsikal meletup










Gua Musang : Sepasang suami isteri maut apabila motorsikal yang dinaiki mereka tiba tiba meletup, dipercayai akibat bom buatan sendiri yang dipasang seseorang pada kenderaan itu..

Ketika kejadian kira kira jam 9 pagi di Jalan Pulai, di sini..Mangsa Cha Mok Liong dan isterinya, Fong Ah Fongyang, kedua duanya berusia 72 tahun, dalam perjalanan ke sebuah kedai makan untuk bersarapan selepas menoreh getah..

Dipercayai bom buatan sendiri iru dipasang oleh seseorang yang ada kaitan dengan keluarga itu..Berikutan kejadian itu, mayat kedua dua mangsa berkecai sehingga bertaburan di kawasan semak berhampiran..

Ketua Polis Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah, mengesahkan perkara itu..Katanya, siasatan awal mendapati kedua dua mangsa tidak menyedari motorsikal yang mereka naiki dipasang bahan letupan yang dipercayai buatan sendiri..

"Berikutan kejadian itu, kita turut menahan seorang pemuda berusia 20-an yang mempunyai kaitan dengan mangsa untuk membantu siasatan dan motif kejadian masih dalam sisatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini..

Beliau berkata mayat kedua dua mangsa di hantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah sisat sebelum diserahkan kepada keluarga mereka..

Sementara itu, seorang anak saudara mangsa, Ab Rahman Abdullah, 53, berkata dia mengetahui kejadian itu pada jam 9.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian..Dia yang telah lama memeluk Islam berkata kedua dua bapa dan ibu saudaranya itu berasal dari keluarga yang baik dan memelihara seorang anak angkat..

"Saya sempat melihat mayat kedua dua mangsa hancur berada di atas jalan..Mereka sering ke Kampung Pulai untuk menikmati sarapan selepas menoreh getah, katanya..

Sumber : BH online..

Kesian pakcik makcik tu..siapa la yang sanggup letak bom kat motor diorang...
Jom kita doakan semoga Allah mudahkan pihak polis menangkap pelaku nya..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...