IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Wednesday 7 October 2015

Penjara 32 tahun, 20 sebatan


Gambar sekadar hiasan

Shah Alam : Seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anggota keluarganya tergamak merogol dan meliwat anak tirinya sebanyak tiga kali ketika mangsa berumur 14 dan 16 tahun..

Akibatnya, penjual sayur itu disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjaran 32 tahun serta 20 sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini, semalam..

Hakim Slamat Yahya menjatuhi hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah..

Sembilan saksi pendakawan dan lima saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan..Tertuduh yang berusi 41 tahun didakwa meliwat mangsa tanpa kerelaannya sebanyak dua kali di sebuah rumah di Sungai Buloh dekat sini, sekitar 2011 dan Oktober 2013..

Dia didakwa dan dihukum menikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukam penjara minimun lima tahun dan maksimun 20 tahun serta boleh disebat..

bagi kedua dua kesalahn itu, hakim Slamat menjatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 15 sebatan..

Tertuduh juga didakwa merogol mangsa sekitar Januari hingga Februari 2013 di rumah sama dan bagi kesalahan itu, dia dihukum mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimun lapan tahun dan maksimun 30 tahun serta boleh disebat sekurang kuragnya 10 kali..

Bagi kesalah itu, Hakim Slamat menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan..Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman berjalan secara berturutan berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 7 OKtober 2013..

Sumber : Metro

Semoga dengan hukuman yang dijatuhkan, tertuduh sedar dengan kesalahan yang telah dia lakukan..
dan untuk kita, jadikanlah sebagai pengajaran..in shaa Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...