KUALA LUMPUR : Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur memerintahkan pemandu teksi dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak bagi menjalani penilaian mental..
Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu terhadap S Ganesan, 44, selepas menbenarkan permohonan peguam bela, Noor Mousa Azaddin..
Ganesan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan cubaan membunuh penjaga pintu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) Wangsa Maju, Mohd Azahari Yusoff dengan teksi sehingga mendatangkan kecederaan pada lengan kanan mangsa..
Kesalah itu didakwa dilakukan di Pintu Utama HATTM jam 8.45pagi Isnin lalu..
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakawa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan..
Jika sabit kesalahan, Ganesan berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun..
No comments:
Post a Comment