Mereka yang maut dikenali sebagai pemandu kereta Azaman Ramli, 49, isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, Noor Amira Syahirah Alias, 22, Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12, dan Aqeel Muslim Abdullah, 3 tahun..
Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan selepas tersepit di dalam kenderaan itu..
Mangsa yang menaiki kereta Toyota Camry sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuantan apabila kenderaan mereka terbabas dan merempuh bahagian belakang lori teler itu yang sedang berhenti di lorong kecemasan..
Ketika kejadian, keadaan jalan agak licin kerana hujan..
Pemandu lori treler itu yang dipercayai sedang tidur di dalam kenderaan itu dan tidak menyedari kemalangan itu sehingga diberitahu oleh pengguna jalan raya..
Pemandu lori yang berusia 35 tahun dan berasal dari kelantan itu tidak mengalami sebarang kecederaan...
Sementara itu, 25 anggota bomba dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh dan Gambang yang dikejarkan ke lokasi nahas, mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan..
Semua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat..
Sumber : BH online dan Ditw
(menurut info, anak perempuan yang di depan sekali dalam gambar ini sahaja yang tidak bersama dalam kereta semasa nahas)
Al-Fatihah..semoga mereka sekeluarga bersama orang yang beriman..dan semoga adik ini tabah meneruskan kehidupan..in shaa Allah..
No comments:
Post a Comment