IKLAN NUFFNANG
BLOG KAMI
NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!
JOM TENGOK, MENARIK!
Monday, 12 October 2015
Kanak kanak dibawa lari bersama kereta
KOTA TINGGI : Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Myvi yang di parkir di hadapan sebuah pasaraya di Bandar Penawar serta anak saudaranya yang turut berada di dalam kenderaan terbabit dilarikan seorang lelaki semalam..
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian kira kira jam 1.00 petang wanita berusia 21 tahun itu dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yng tidak dikenali telah membuka pintu kereta di bahagian pemandu sebelum bertindak merikan kenderaan terbabit..
Menurutnya, ketika kejadian kenderaan itu diperkir dalam keadaan enjin hidup sementara wanita tersebut sedang memasukkan barang di dalam bonet..
"Seorang lelaki berbadan kurus memakai cermin mata secara tiba tiba telah membuka pintu hadapan dan merikan kereta mangsa bersama anak saudara lelaki yang berusia empat tahun yang berada dalam kereta tersebut..
"Bagaimanapun suspek kemudianya menurunkan dan meninggal kanak kanak itu di simpang petronas Bandar Penawar..
"Beberapa penunggang motorsikal yang berada berhampiran tempat kejadian turut membantu mengejar suspek selepas mendengar keritan meminta tolong daripada mangsa..Suspek dikejar sehingga ke kawasan kebun kelapa sawit di Felda Adel namun berjaya melarikan diri di dalam kebun dan menghilangkan diri,"katanya..
Tambahnya, dua penunggang motorsikal turut mengalami kecederaan dan telah meneriman rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Penawar selepas terjatuh akibat dihimpit oleh suspek semasa mengejar suspek..
Jelasnya, kenderaan mangsa yang dilarikan juga telah dijumpai di tepi jalan Felda Adela dan telah di bawa ke Balai Bandar Penawar untul tindakan selanjutnya..
Sumber : Sinar harian
Alhamdulillah kanak kanak itu selamat..
Terima kasih kepada dua penunggang motorsikal tu kerana membantu..semoga Allah merahmatinya selalu..in shaa Allah..
Kepada ibu bapa..sila hati hati ye..jenayah sekarang boleh berlaku di mana mana sahaja, tak kira siang atau malam..
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment